Rabu, 25 November 2009

cucu tengok-tengok..pandang-pandang

salam sejahtera cucu ucapkan kepada pembaca-pembaca blog cucu ini.Sudah lama cucu tidak mengupdatekan blog cucu.Tiada idea yang bernas untuk cucu luahkan dalam blog.Seolah-olah musim sejuk ini membekukan otak cucu untuk mengeluarkan pendapat-pendapat atau cetusan-cetusan yang dapat menarik hati saudara-saudara semua.

Di sini cucu ingin meluahkan pendapat cucu tentang hal ehwal sahabat-sahabat seangkatan cucu yang belajar agama di Al-Azhar ini.Cucu perhatikan juga setiap kali tiba waktu solat dan selepas solat secara berjemaah,banyak perkara yang cucu rasakan kurang kena dengan status saudara-saudara cucu yang bergelar ustaz-ustaz ini.

Banyak perkara yang perlu difahami selepas dipelajari oleh kita semua(warga ustaz,ustazah).Cucu perhatikan kita belum lagi pandai menggunakan ilmu yang dipelajari kena pada tempat yang sesuai pada posisinya.Cakap mudah,ramai lagi orang-orang kita belum memahami FIQH AULAWIYYAT.

Contohnya,ada dikalangan kawan2 cucu ketika dalam saf barulah hendak membetulkan kain pelikat,menyinsing lengan baju,membetulkan itu....membetulkan ini.Ini sudah tentu menyusahkan saudara-saudara lain yang sudah selesai bersiap2 untuk mengangkat takbir memulakan solat serentak dengan imam.Sebab apa?sebabnya....terganggu dengan kerenah saudara kita tadi.Sepatutnya,kalau kita belum selesai bersiap,bagilah tempat bagi saudara yang lain yang telah bersedia untuk memulakan solat dengan imam.Kita yang belum usai lagi membetulkan kain pelikat ini,janganlah masuk dalam saf dahulu,sehingga menyusahkan makmum lain.

Lagi satu,cucu tengok ade dikalangan sahabat2 yang tidak begitu cakna tentang saf.Masuk saf sambil lewa,tanpa memerhatikan rapat ke tidak saf itu...tapi,mase hendak rukuk barulah hendak bergerak membetulkan saf.Tidakkah ini menganggu sahabat2 lain untuk membetulkan saf juga ketika sedang bersembahyang?

Pasal berzikir selepas solat,bagi pendapat cucula,cucu rase kurang elok kite nyaringkan suara untuk berzikir dalam keadaan orang lain masih ramai lagi yang sedang solat.Memang ade pendapat imam Syafie membolehkan menyaringkan zikir untuk berwirid,tapi kena tengok keadaanla juga.Bukankah menjadi haram mengaji al quran kalau bacaan kita ini boleh mengganggu solat orang lain?Lagipun,pendapat imam Syafie itu bagi mengajar makmum2 yang belum pandai berwirid.Tapi kite ni,azhariyyuun.Nak kate tidak pandai,mustahil.Di sinilah cucu tengok pentatbiqan ilmu kita tidak kena pada tempatnya...banyak lagi hal-hal lain yang kita boleh tengok ketidaksuaian penggunaan ilmu yang kita belajar.Macam hukum kahwin juga,boleh berubah dari sunat kepada wajib,kepada harus,kepada makruh dan kepada haram.Kena tengok pada tempat dan keadaan yang sesuai.

Sekadar luahan perasaan cucu untuk sama-sama kita memahami fiqhul aulawiyyat.

Isnin, 9 November 2009

malam-malam seorang diri..

Salam sejahtera cucu ucapkan kepada pembaca2 blog cucu ini.Sekarang ini,cucu hanya tinggal berseorangan di rumah cucu.Mempunyai tiga bilik,satu dapur dan satu bilik air.Sahabat cucu yang diberi nama Hasbullah bin Ali dan Abdul Aziz bin Othman telah pulang ke rahmatullah..eh..eh..silap..balik Malaysia laa..Sunyi sepi rumah cucu ni..Cucu hanya bertemankan dinding-dinding rumah cucu yang berwarna putih ni...disamping seekor kucing jantan kuning yang asyik melekat di kaki cucu..tak boleh melangkah langsung,asyik melekat je..bukannye kecik lagi pun binatang ni..dah besor panjang pun..Sekarang baru cucu terasa macam mana perasaan seseorang yang tinggal berseorangan tanpa teman untuk berbual..cuba anda bayangkan perasaan anda ketika tinggal berseorangan di dalam kubur nanti...Meninggalkan ibu..ayah..sanak saudara..hanya amalan baik kite sahaja yang akan menemani kite di sana...

Sekarang ini,musim sejuk telah bermula.Anak2 Malaysia di Lembahan Nil ini mula mengeluarkan 'Lihaf'(sejenis selimut tebal,berbulu lembut,bercorak menarik dan beraneka warna) untuk membungkuskan diri ketika hendak tidur.Setiap hari,cucu bosan menunggu natijah imtihan yang belum lagi ditampal di kuliah.Kalau cepat ditampal,lagi cepat cucu bilang duit sehingga angka LE 2500 untuk membayar tiket kapal terbang pulang ke tanah air.Hati cucu semakin teruja hendak pulang apabila pergi menghantar sahabat2 cucu pulang semalam.

Sekarang,cucu gemar membaca penulisan2 yang dikarang oleh Al-Allamah Doktor Yusuf Al-Qorodhowi.Penulisan2 beliau sangat mempengaruhi jiwa dan pemikiran cucu.Begitu juga penulisan2 Al-Allamah Asy-Asyeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah(guru kepada Dr Al-Qorodhowi)..lebih2 lagi kitab beliau yang terkenal iaitu Al-Ulama' Al-Uzzab(ulamak2 yang tidak pernah berkahwin sehingga akhir hayat) dan Sofhaat Min Sobril Ulama'.Begitu juga penulisan2 ilmiah Dr Wahbah Az-Zuhaili...terutama kitab beliau yang masyhur,Al Fiqhul Islamiy Wa Adillatuh.Dalam Banyak2 penulisan Dr Wahbah,ada sebuah kitab kecil yang bagi cucu amat baik untuk dibacakan kepada masyarakat kita di tanah air.Cucu menyarankan kepada semua anak2 didik Al-Azhar membaca kitab ini untuk memberi kefahaman yang sebenar dalam menyelesaikan permasalahan mengikut pendapat2 mazhab yang pelbagai...bilakah dibolehkan bagi seseorang itu menggunakan pendapat2 mazhab yang lain...dan lain2 lagi dibincangkan di dalam kitab beliau yang berjudul"Ar Rukhos Asy-Syar'iyyah"...sungguh molek untuk para ustaz2 dan ustazah2 membacanya untuk diri sendiri dan masyarakat di tanah air...

Sebelum terlupa,cucu juga ingin menyarankan bagi orang2 agama membaca kitab sirah yang dikarang oleh Al-Allamah Dr Muhammad Abu Syahbah R.H(2 jilid).Ayat-ayat yang digunakan mudah,senang difahami.Kalau anda biasa membuka kitab sirah Ar-Rohiqul Makhtum,ayat-ayat yang digunakan penulisnya agak sukar difahami bagi orang-orang yang tidak pandai macam cucu ini.Lagi satu kitab beliau yang cucu kira amat bagus untuk dibaca agar menjadi panduan ketika mengajar kitab2 tafsir,iaitulah kitab yang berjudul "Al-Israiliyyaat Wa Maudhu'aat Fit Tafsir"...Kitab ini menerangkan kisah2 Israiliyyat dan rekaan di dalam kitab2 tafsir...Bagus untuk digunakan oleh orang2 yang digelar ustaz dan ustazah.

Akhir sekali,bagi orang-orang yang kurang faham untuk menelaah kitab-kitab feqah turath Mazhab Syafie,mereka boleh menelaah kitab Al-Mu'tamad Fi Fiqhi Asy-Syafie,karangan Doktor Muhammad Az-Zuhaili(adik kepada Dr Wahbah Az-Zuhaili).Beliau menggunakan ayat-ayat yang mudah dalam mengarang kitab ini.Berjumlah 5 jilid yang tebal2,banyak menerangkan masalah2 yang rumit2 dalam mazhab Syafie,memasukkan masalah2 baru yang berlaku pada zaman sekarang ini.Di awal kitab beliau ada memberitahu bahawa kitab beliau ini ditulis kerana beliau mendapati kitab Fiqhul Manhaji yang masyhur itu terlalu ringkas dan kurang membincangkan masalah2 yang selalu menjadi sebutan masyarakat2 Islam yang bermazhab Syafie.Oleh itu,beliau mengambil inisiatif untuk mengarang sebuah kitab feqah bermazhab Syafie yang mengumpulkan pendapat2 yang muktamad dalam mazhab Syafie.Beliau mengambil masa lebih kurang 10 tahun untuk menyiapkan kitab ini.Insya Allah,pada lain masa cucu akan cuba berkongsi ilmu dan maklumat dengan pembaca mengenai kitab-kitab karangan ulamak-ulamak kita yang lain.Banyak lagi kitab-kitab karangan ulamak Islam yang perlu kita tahu dan ambil cakna.

Sebelum kalam penutup untuk posting kali ini,cucu ingin memberitahu bahawa kampung yang cucu tinggal sekarang ini menempatkan jasad seorang tokoh ulamak tanah Melayu yang terkenal di negeri Terengganu.Beliau yang cucu maksudkan ialah Al-Marhum Tuan Guru Haji Mat Syafie..Kampung cucu dikenal orang dengan nama Kampung Losong Haji Mat Syafie.Cucu bertuah kerana dilahirkan di kampung yang menempatkan sebuah jasad yang dimuliakan Allah ini..ALHAMDULILLAH.....

Jumaat, 6 November 2009

rumah cucu tiada elektrik...

Assalamualaikum..alhamdulillah,cucu baru je lepas makan mee goreng mamak,telur dadar dan minum coklat panas(nak sebut dalam bahasa Inggeris,cucu tidak pandai mane...sebab mate cucu bukannye warne coklat atau rambut kuning)...bagi kat kucing sikit telur tu...nampak muke kucing tu macam dah jadi muke ikan kering je..jadi,cucu campak je la kat beliau telur tu...tapi sepanjang cucu hidup di dunia ini,xpernah pulak cucu jumpe kucing yang baik hati mengucap terima kasih(dalam bahase Malaysia baku) pada cucu...terkilan jugak cucu dengan sikap kucing2 nie...kadang2 tergerak jugak dalam hati cucu untuk menggantung kucing2 ini(dengan kaki diikat pada dahan pokok kurma - pokok kurma ade dahan ke? ) kepala kat bawah sambil menyuruh kucing itu menyanyi lagu Negaraku...tapi memikirkan cucu masih ada sifat kebinatangan nie..cucu sabor jela...

Sejak beberapa hari yang lalu,cucu ade berborak2 dengan rakan serumah mengenai bisnes MLM.Cucu pun bukanlah faham mane sangat tentang konsep bisnes ni..cume tergerak jugakla hati cucu untuk menceburkan diri dalam bisnes ni apabila pulang ke Malaysia nanti.Cume yang menimbulkan keraguan di dalam hati cucu ni,adakah bisnes dengan cara ini sah disisi hukum syarak?setakat yang cucu tahula,ulamak2 Mesir sendiri pun belum lagi membincangkan bisnes ini untuk masa sekarang..

Tapi yang jelas,orang2 yang terlibat dalam bisnes ini...sudah ramai yang tertipu,ditipu dan menipu...dan semakin popular pulak dikalangan masyarakat Malaysia perihal makhluk yang bernama MLM ini(betul ke MLM?ke ML..ape?..haha...dok tau gok weih..sebut je...).Yerla,dalam masa yang singkat ramai yang jadi jutawan,hidup mewah...mude2 lagi dah ade kete mecedeh(loghat Terengganu).Cucu perasanla,kebanyakkan orang2 yang gemar terlibat dalam bisnes macam ni,suke penampilan hidup mewah..Wallahua'lam..."innamal a'maalu binniyyaat"(segala kerja kita,mengikut niat masing2)...

Cucu pun suke jugak untuk menampilkan diri di dalam perniagaan macam ni.Cucu harapkan ada di kalangan Ulamak2 kita yang Afaadhiil dapat menolong menghilangkan kemusykilan yang bersarang dalam hati cucu -khususnya - dan umat Islam - umumnya...Semoga jasa kalian wahai sanjungan Nabi....Waris Nabi....dapat menguatkan ekonomi umat Islam ini...janganlah umat ini setiap masa ditipu oleh musuh2 Islam...

Oh,lupe untuk cucu beritahu bahawa rumah cucu sejak matahari malu2 hendak tunjukkan batang hidungnye...diselubungi zulumaat(gelap gelita)...biduni nuur...(xdok api)..ini angkara orang2 dalam rumah cucu suke main2 dengan mentolla....pemanas airla...akhirnye...terpaksa kami tinggal dalam gelap untuk seharian suntuk ni..(esok pun entah..ade ke tidak elektrik)..jadi malam ni..kami sambung lagilah cerite2 kami mengenai jin...(patutla xdok api,mulut celupar sangat...memanglah mereka2 itu panas telinga...haa,kang dah padan muke kami)...

OKla,dah habis cucu ceritakan...Cucu pun dah perasan muke2 pembaca dah mule menghijau(smiley YM - nak muntah).Cucu nak minta izin dulu lah.Kerja2 cucu nak balut kotak kitab cucu belum selesai lagi...lepas ni,cucu nak gigit telinga kiri kucing tadi yang langsung tiada sifat kebinatangan terhadap cucu,sekadar mengucapkan terima kasih sebab bagi makan telur dadar....Nanti cucu mengkisahkan pulak isu2 semasa di tanahair...luar negara...luar bumi..dekat matahari...alam dunia...alam akhirat....Salam hormat dari cucu....

p/s:Jangan jadi pemuda harapan bangsa....cucu tidak respect...cucu hormat orang2 yang melaungkan..."KAMILAH PEMUDA - PEMUDA HARAPAN NABI"....

Rabu, 4 November 2009

cucu tumpang lalu....

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..nak tulis ape ye..erm..sebenarnye,cucu tidak pandai menulis macam orang2 yang pandai menulis blog-blog ni.Cume,bile setiap hari cucu asyik tengok kawan2 buka blog masing2,tergerak hati cucu untuk test power otak cucu ni mengeluarkan idea2 yg tidak seberapa ini.Jadi,cucu minta maaflah kepada sesiapa yg sudi membace blog cucu ni..orang baru pndai menulis sikit2...entah betul ke tidak ejaan yang cucu gune ni(rase2 dah jelas sejelas2nye bahasa cucu tunggang langgang)..tapi...hati cucu terlalu membuak2 utk berkongsi idea...mungkin idea cucu ni baik untuk pembaca2...atau idea anda semua baik untuk cucu...atau mungkin ade orang yang dapat membimbing cucu menerokai alam siber yang penuh misteri ini...huhu.

Ini adalah coretan pertama cucu untuk dikongsi bersama2 dengan pembaca2 yang sudah mula muak dengan tulisan cucu ni...maklumlah,cucu baru kenal blog2 ni...kalau nak dibandingkan dengan atuk2 atau nenek2 yang sudah lame hidup dalam alam blog ni..cucu baru cube bertatih2 nak ajuk atuk2 dan nenek2 macam mana mereka mencurahkan idea dalam blog2 usang mereka tu... biaselah,orang yang sudah lama berkecimpung dalam alam blog ni mesti banyak pengalaman,petua2,tunjuk ajar dan teguran...harap2 orang tua2 dapat memberi jalan kepada cucu untuk tumpang lalu...

Selepas ni,cucu akan masukkan dalam blog cucu ni pelbagai idea,pengalaman,ilmu,luahan hati,komentar dan banyak lagilah yang boleh cucu kongsi bersama2 dengan para pembaca yang budiman...cuma untuk pertama kali ini..cucu hendak memperkenalkan diri cucu yang kerdil ini di khalayak orang2 blogger di seluruh alam ini..siape2 yang sudi ambik cucu sebagai teman,cucu teramat gembira.Harap2 kawan2 cucu sudilah memberi tunjuk ajar kepada cucu macam mana nak kongsi idea...dan teguran untuk cucu ini...tiada yang lebih cucu minta,cuma cucu minta dari kawan2,atuk2 dan nenek2 untuk tumpang lalu....

Salam perkenalan untuk semua sahabat....